Lelaki warga asing lintas jalan secara berbahaya ditahan

Lelaki warga asing yang disyaki melintas jalan secara tiba-tiba ditahan polis. Gambar kanan: Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing secara tiba-tiba melintas jalan sehingga mendatangkan bahaya sekali gus mengakibatkan kemalangan jalan raya.
Lelaki warga asing yang disyaki melintas jalan secara tiba-tiba ditahan polis. Gambar kanan: Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing secara tiba-tiba melintas jalan sehingga mendatangkan bahaya sekali gus mengakibatkan kemalangan jalan raya.
A
A
A

KAJANG - Polis menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba sehingga mendatangkan bahaya sekali gus mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi 14 saat yang memaparkan seorang lelaki melintas jalan lalu melompat ke arah kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

"Hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada jam 11.53 pagi, Selasa lalu.

"Lelaki berbaju merah dan berseluar hitam yang cedera ringan itu telah meninggalkan tempat kejadian, tiada sebarang butiran atau pengenalan diri diperoleh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Naazron berkata, bertindak atas maklumat, polis telah menahan seorang lelaki lelaki berusia 32 tahun yang juga tukang cuci di Bandar Sungai Long, di sini, pada jam 6 petang Ahad.

"Motif masih dalam siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian itu boleh menghubunginya balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Mohamed Faeez Norzah, di talian 013-2663407 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!