Harimau Selatan baham Kijang Emas

Penyerang JDT, Bergson Da Silva cuba melepasi kawalan pertahanan Kelantan FC, pada aksi Liga Super, sebentar tadi. Foto FB Johor Southern Tigers
Penyerang JDT, Bergson Da Silva cuba melepasi kawalan pertahanan Kelantan FC, pada aksi Liga Super, sebentar tadi. Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT), kian mengukuhkan cengkaman di takhta Liga Super apabila mudah 'meratah' Kelantan Darul Naim (KDN), FC, 6-1, pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Bermula garang sebaik wisel permulaan dan penyerang import Bergson Da Silva hampir meledak jaringan pembukaan ketika permainan baru berusia 49 saat, namun rembatannya berjaya ditepis penjaga gol pelawat, Mohammad Fikri Che Soh.

Skuad Harimau Selatan itu dilihat terus mengasak ke gawang KDN FC, namun beberapa percubaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan.

JDT sekali lagi memiliki peluang untuk membuka jaringan, namun rembatan Enzo Lombardo pada minit ke-23, gagal menepati sasaran.

Stadium Sultan Ibrahim akhirnya bergema apabila penyerang import, Bergson Da Silva berjaya melepasi kawalan pertahanan pelawat sebelum merembat gol pembukaan pada minit ke-42.

Tiga, minit kemudian, Bergson sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring apabila gerakan satu dua dengan seorang lagi penyerang import, Romel Morales menghasilkan gol kedua buat skuad Harimau Selatan selesa menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua menyaksikan JDT semakin menggandakan asakan bagi menambah jaringan.

Minit ke-55, menyaksikan Arif Aiman memanfaatkan lorongannya Romel sebelum merembat deras melepasi jangkauan penjaga gol untuk gol ketiga pasukan.

Artikel Berkaitan:

Tiga minit berselang, Arif Aiman sekali lagi menewaskan Mohammad Fikri untuk gol keempat tuan rumah.

Ketinggalan empat gol dilihat masih belum membuatkan pelawat menyerah kalah dan hasil satu serangan balas penyerang import KDN FC, Layth Abdalrahim Kharoub menjaringkan gol tunggal perlawanab pada minit ke-65.

Tersentak dengan gol tersebut JDT kian hebat kian hebat mengasak

Bergson kemudiannya mencatatkan hattrik pada perlawanan tetapi bila menjaringkan gol kelima pada minit ke-71.

Pemain KDN FC Muhamad Umeir Aznan kemudiannya tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-75 dan sekali gus, memberikan gol ke enam buat JDT.

Penghujung perlawanan menyaksikan tiada sebarang jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan dan menyaksikan keputusan 6-1 memihak JDT, kekal ke wisel penamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!