Halal bukan sekadar tiada babi, alkohol

Cadangan untuk mewajibkan setiap restoran dan syarikat makanan di negara ini memiliki sijil halal mencetuskan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
Cadangan untuk mewajibkan setiap restoran dan syarikat makanan di negara ini memiliki sijil halal mencetuskan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
A
A
A

BARU-BARU ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan lima restoran terkemuka tidak mempunyai sijil halal.

Rentetan itu, isu halal sekali lagi menjadi perbualan hangat bukan sahaja dalam kalangan masyarakat malah ahli politik.

Ini kerana perbincangan mengenai hal tersebut telah menyentuh tentang cadangan untuk mewajibkan semua restoran yang tidak menyajikan babi dan alkohol memiliki sijil halal.

Jika diteliti semula, ia merupakan satu cadangan yang baik dalam usaha memperkasa restoran-restoran tempatan.

Umum mengetahui rakyat Malaysia gemar mencuba makanan baharu khususnya hidangan dari luar negara dan tindakan untuk mewajibkan sijil halal itu secara tidak langsung menjadi tarikan pembeli yang beragama Islam.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang perlu dititikberatkan antaranya kewangan kerana permohonan untuk mendapatkan pengesahan halal dan pematuhannya melibatkan kos tinggi.

Dalam hal ini, jika pengusaha premis tidak berkemampuan untuk berbuat sedemikian maka mereka perlu memainkan peranan dalam memastikan segala bahan-bahan yang digunakan itu memiliki status halal.

Sementara itu, pengguna juga perlu memainkan peranan untuk sentiasa mengambil berat tentang status halal hidangan yang dimakan.

Artikel Berkaitan:

Dari sudut Islam, halal meliputi cara penyembelihan haiwan dan kebersihan penyediaan hidangan, bukan hanya tiada babi dan alkohol sahaja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!