Strategi PDRM perangkap Sabah di Selayang

Ifedayo meraikan jaringan ketika berdepan Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Selayang. Foto Bernama
Ifedayo meraikan jaringan ketika berdepan Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Selayang. Foto Bernama
A
A
A

PENOLONG pengendali PDRM FC, Eddy Gapil menyifatkan kejayaan The Cops membawa pulang tiga mata selepas mengatasi Sabah FC 1-0 adalah hasil daripada kerja rumah berterusan mengkaji corak permainan ditampilkan pasukan lawan.

“Kita melihat Sabah FC sering menjelmakan jaringan menerusi situasi bola mati, selain jaringan gol menerusi sepakan sudut.

“Jadi kita pastikan perancangan berdepan Sabah adalah gawang PDRM tidak bolos, dan misi itu berjaya dilaksanakan dengan sempurna semua pemain.

“Kita juga sudah kenal pasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki segera. Jika diikutkan Sabah FC mendapat 10 sepakan sudut, kita berjaya halang daripada menjaringkan gol,” katanya selepas perlawanan di Stadium Selayang.

PDRM kembali memperbaiki kedudukan dalam saingan liga apabila menjinakkan Sabah, 1-0 hasil gol tunggal penghujung separuh masa kedua pemain gantian Ifedayo Olusegun minit ke-80.

Selain itu jelas Eddy, semua pemain lebih bersungguh-sungguh menampilkan prestasi terbaik masing-masing selepas memperbaiki beberapa kelemahan ketika berdepan Sri Pahang sebelum ini.

Jelas Eddy lagi, kekalahan 1-5 kepada Pahang di Stadium Temerloh pada 15 September lalu juga menyaksikan pihaknya menyediakan latihan khusus kepada pemain bagi mengatasi kelemahan berkenaan sejak beberapa minggu lalu.

“Kita mengambil pendekatan lebih agresif selepas tewas kepada Pahang sebelum ini dengan melakukan analisis video.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga meningkatkan tahap agresif pasukan sebagai contoh ketika kehilangan bola dalam perlawanan berdepan Sabah berbanding aksi sebelumnya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!