Guna sumbangan Yayasan Nur untuk belanja sekolah adik

Muhamad Riduan dan adik-adiknya menerima sumbangan Yayasan Nur yang disampaikan Hazelen Liana (kanan) di rumah mereka di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai pada Ahad.
Muhamad Riduan dan adik-adiknya menerima sumbangan Yayasan Nur yang disampaikan Hazelen Liana (kanan) di rumah mereka di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai pada Ahad.
A
A
A

KUALA KRAI - Anak sulung daripada enam beradik, Muhamad Riduan Mohd Yusoff, 25, nekad menggunakan wang tunai sumbangan Yayasan Nur Karangkraf (Yayasan Nur) yang diterima untuk perbelanjaan persekolahan dua adiknya.

Menurutnya, sejak ibu mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 76, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Masjid Pahi, pada 3 September lalu, dia menggalas sepenuhnya tugas menjaga adik-adiknya yang masih kecil.

Anak sulung daripada enam beradik, Muhamad Riduan (kanan) nekad menggunakan wang tunai sumbangan Yayasan Nur Karangkraf (Yayasan Nur) yang diterima untuk perbelanjaan persekolahan dua adiknya.
Anak sulung daripada enam beradik, Muhamad Riduan (kanan) nekad menggunakan wang tunai sumbangan Yayasan Nur Karangkraf (Yayasan Nur) yang diterima untuk perbelanjaan persekolahan dua adiknya.

"Hal ini kerana ibu telah berpisah (bercerai) dengan ayah. Salah seorang daripada adik lelaki yang berusia 15 tahun sudah tidak mahu ke sekolah kerana memilih untuk bekerja. Melihat kepada situasi kami sekarang dia lebih rela mencari duit daripada terus ke sekolah.

"Manakala dua lagi adik berusia 8 dan 12 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chuchuh Puteri. Dua lagi yang berusia 18 dan 20 tahun telah ke Kuala Lumpur untuk bekerja," katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Chuchuh Puteri di sini pada Ahad.

Sebelum itu Muhamad Riduan menerima kunjungan dan menerima sumbangan wang tunai RM2,000 daripada Yayasan Nur yang disampaikan oleh Ketua Wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Muhamad Riduan (dua dari kiri) dan adik-adiknya semasa menerima kunjungan Hazelen Liana (kanan) ke rumah mereka di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai pada Ahad.
Muhamad Riduan (dua dari kiri) dan adik-adiknya semasa menerima kunjungan Hazelen Liana (kanan) ke rumah mereka di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai pada Ahad.

Menurutnya, adik-adik lain memilih untuk bekerja kerana mahu meringankan beban kewangan keluarga manakala urusan menjaga dua lagi adik yang masih bersekolah diserahkan kepadanya.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Riduan memberitahu, dia juga kini tidak kekok untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, mencuci dan sebagainya.

"Sekarang ini fokus kami ialah besarkan adik-adik. Selebihnya kami serahkan pada ALLAH SWT agar sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.

"Terima kasih Yayasan Nur serta beberapa pihak lain yang pernah menghulurkan bantuan kepada kami, ia sangat dihargai," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan enam beradik dari Kampung Chuchuh Puteri di sini tidak pernah menyangka gulai lemak pucuk paku serta ayam madu goreng menjadi masakan terakhir ibu mereka yang maut dalam kemalangan di kilometer 76, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Masjid Pahi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan enam beradik dari Kampung Chuchuh Puteri di sini, tidak pernah menyangka gulai lemak pucuk paku serta ayam madu goreng menjadi masakan terakhir ibu mereka yang maut dalam kemalangan di kilometer 76, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Masjid Pahi.

Muhamad Riduan berkata, hal ini kerana sudah lama ibunya, Zaiton Haron, 49, tidak memasak masakan yang enak tersebut kerana kebiasaannya hanya nasi putih dan telur goreng sahaja.

"Sehari sebelum kejadian ibu ada pulang ke rumah pada sekitar jam 11 pagi hingga 6 petang. Sepanjang tempoh itu ibu tidak duduk diam, dia memasak, kemas rumah, jemur tilam, cuci pakaian dan sebagainya.

"Kebiasaannya apabila ibu pulang melawat kami di rumah, dia banyak berehat serta hanya masak nasi serta telur sahaja. Inilah kali pertama dia beria masak dan tidak sangka ia merupakan kali terakhir kami dapat merasa air tangannya," katanya sebak ketika ditemui pemberita di rumah di Kampung Chuchuh Puteri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!