Bangunkan lebih banyak produk pelancongan DUN Mahkota

Meskipun tiada khazanah alam semula jadi yang menonjol di DUN Mahkota, masih terdapat elemen menarik yang boleh diangkat sebagai potensi tarikan pelancong. Gambar kecil: Shahrol
Meskipun tiada khazanah alam semula jadi yang menonjol di DUN Mahkota, masih terdapat elemen menarik yang boleh diangkat sebagai potensi tarikan pelancong. Gambar kecil: Shahrol
A
A
A

KLUANG - Selebriti terkenal yang juga anak jati Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Shahrol Azizie Azmie atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro mahu sektor pelancongan kawasan ini diperkasa bagi merancakkan ekonomi setempat.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Kluang berkata, banyak potensi di daerah ini yang boleh diangkat sebagai produk pelancongan bagi menarik minat ramai.

“Daerah ini berada di tengah-tengah. Kita tidak ada lautan yang cantik, tidak ada air terjun tujuh tingkat untuk tarik orang datang.

“Jadi kita sendiri perlu ketengahkan tempat-tempat cantik di sini dan raikannya dengan merancakkan lagi usahawan-usahawan setempat dan infrastruktur untuk anak muda, juga dalam sektor pelancongan daerah Kluang itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, bagi merealisasikan perkara itu, kawasan menarik dan produk pelancongan sedia ada di kawasan ini memerlukan sentuhan lebih besar.

“Kita memang dah ada contohnya seperti laman kreatif dan kopi yang sinonim dengan daerah Kluang.

“Tapi kalau boleh kita perbanyakkan dan cantikkan lagi,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!