Operator kilang maut motosikal rempuh SUV

Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang merempuh sebuah SUV di simpang empat Jalan Pantai Belimbing One Krubong pada malam Ahad.
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang merempuh sebuah SUV di simpang empat Jalan Pantai Belimbing One Krubong pada malam Ahad.
A
A
A

MELAKA - Seorang operator kilang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di simpang empat Jalan Pantai Belimbing One Krubong dekat sini pada malam Ahad.

Kejadian lebih kurang jam 8 malam itu dipercayai berlaku apabila mangsa Muhammad Hairul Nizam Mat Sahat, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15R melanggar lampu isyarat di persimpangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Jalan Inang Sari Beringin, Durian Tunggal dipercayai dari arah Krubong Perdana telah melanggar lampu isyarat merah.

Menurutnya, pada masa sama, sebuah kenderaan jenis SUV Subaru Forestor dipandu lelaki berusia 35 tahun bergerak dari arah Tanah Merah menuju ke Taman Krubong yang ketika itu berada di laluan lampu isyarat hijau.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

"Motosikal mangsa gagal mengelak lalu merempuh SUV berkenaan menyebabkan operator kilang itu maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan Pol 61 dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Tambahnya, polis juga sedang mengesan saksi bebas yang melihat kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!