Pemandu, kelindan maut lori rempuh treler berhenti tepi jalan

Keadaan lori yang remuk dalam nahas bersama sebuah treler mengakibatkan seorang pemandu lori dan kelindannya maut di lokasi kejadian.
Keadaan lori yang remuk dalam nahas bersama sebuah treler mengakibatkan seorang pemandu lori dan kelindannya maut di lokasi kejadian.
A
A
A

MANJUNG - Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 202 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah selatan dekat Sitiawan di sini pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.

Mayat mangsa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan selepas menerima panggilan kecemasan nahas itu pada jam 3.33 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, semasa kejadian, kedua-dua mangsa menaiki lori 5 tan membawa muatan keperluan pejabat.

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan keselamatan.

"Maklumat awal diterima, pelanggaran berlaku semasa treler terbabit memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas susur keluar tol," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat pada jam 6.05 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!