Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh SUV dinaiki penyamun

Motosikal dinaiki anggota polis yang dirempuh kenderaan suspek dalam kejadian di kawasan perumahan Telok Panglima Garang di sini pada Jumaat. Gambar kecil: rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek memecah masuk sebuah rumah di lokasi kejadian.
Motosikal dinaiki anggota polis yang dirempuh kenderaan suspek dalam kejadian di kawasan perumahan Telok Panglima Garang di sini pada Jumaat. Gambar kecil: rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek memecah masuk sebuah rumah di lokasi kejadian.
A
A
A

KUALA LANGAT - Tiga suspek kes samun bertindak agresif melanggar kenderaan polis ketika ditahan dalam kejadian di kawasan perumahan Telok Panglima Garang di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah apabila anggota polis bertugas kemudiannya melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan daripada seorang individu pada jam 2.40 petang memaklumkan rumah jirannya dipecah masuk.

Beliau berkata, susulan itu anggota polis bermotosikal kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

Suspek terlibat yang menaiki sebuah kenderaan jenis Proton X50 bertindak melanggar motosikal dinaiki anggota polis ketika mereka ditahan di lokasi kejadian.
Suspek terlibat yang menaiki sebuah kenderaan jenis Proton X50 bertindak melanggar motosikal dinaiki anggota polis ketika mereka ditahan di lokasi kejadian.

"Suspek terlibat yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 bertindak melanggar motosikal dinaiki anggota polis ketika mereka ditahan di lokasi kejadian.

"Susulan itu, anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek untuk mempertahankan diri," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan mendapati suspek terlibat merupakan tiga lelaki warga tempatan yang terlibat dalam kejadian pecah masuk di perumahan berkenaan.

"Usaha mengesan dan memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Fadzil Mohamad Saidi di talian 013-9311208 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

@sinarharianonline Tiga suspek kes samun bertindak agresif melanggar kenderaan polis ketika ditahan dalam kejadian di kawasan perumahan Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Jumaat. Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah apabila anggota polis melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek namun mereka bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian. #SinarHarian#SinarTerkini#Video#Viral#Pencuri#samun#Rumah original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!