Stones, Silva kritik cara permainan Arsenal

Beberapa insiden panas berlaku ketika aksi antara Arsenal dan Manchester City di Etihad pada Ahad. FOTO: EPA
Beberapa insiden panas berlaku ketika aksi antara Arsenal dan Manchester City di Etihad pada Ahad. FOTO: EPA
A
A
A

PEMAIN Manchester City, Bernardo Silva dan John Stones mengkritik cara Arsenal bermain selepas seri 2-2 di Stadium Etihad pada Ahad.

Pemain City kurang gembira dengan telatah pasukan kendalian Mikel Arteta yang dianggap membuang masa dan permainan kasar terutama terjahan keras ke atas Rodri yang menyebabkan kecederaan lutut teruk.

Menurut Silva, hanya City yang berada dalam perlawanan tersebut untuk bermain bola sepak sebenar dan mengkritik cara Arsenal sepanjang aksi tersebut.

"Kami tidak gembira kerana kami mahukan tiga mata, tetapi saya gembira dengan cara kami bermain. Saya gembira kami sentiasa memasuki padang untuk cuba memenangi setiap perlawanan. Semuanya bermula pada saat pertama.

"Kami mempunyai seorang pemain cedera (Rodri) selepas mereka mengasarinya dalam masa 10 minit.

"Kami dibolosi gol selepas pengadil memanggil kapten kami dan kemudian dia tidak dapat kembali ke posisi asal. Gol kedua adalah halangan biasa mereka (Arsenal) kepada penjaga gol kami dan ia dibenarkan oleh pengadil.

"Kemudian pengadil membenarkan banyak situasi yang membuang masa. Perkara yang paling mengganggu saya ialah mengadakan banyak pertemuan dengan FA pada awal setiap musim.

"Mereka berjanji akan menghentikan situasi seperti ini, tetapi pada akhirnya ia tidak berjaya, hanya bercakap tetapi tiada apa yang berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Silva kemudian ditanya sama ada saingan itu berbeza daripada yang dihadapi ketika City menentang Liverpool dan mengambil peluang untuk mengingatkan Arsenal bahawa mereka tidak memenangi banyak trofi sejak kebelakangan ini.

"Perbezaannya mungkin Liverpool sudah memenangi Liga Perdana, Arsenal belum.

"Liverpool telah memenangi Liga Juara-Juara, Arsenal tidak. Liverpool sentiasa berhadapan dengan kami untuk cuba memenangi perlawanan, jadi dengan perspektif ini perlawanan menentang Arsenal tidak seperti perlawanan kami menentang Liverpool.

Stones bersetuju dengan rakan sepasukannya dan menegaskan Arsenal telah melakukan taktik permainan sedemikian sejak sekian lama.

'Mereka telah melakukannya selama beberapa tahun dan kami telah menjangkakannya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!