6 maut dalam serangan udara Israel ke atas sekolah di Gaza

Enam rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah di barat Bandaraya Gaza - Foto: Agensi
Enam rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah di barat Bandaraya Gaza - Foto: Agensi
A
A
A

GAZA - Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Ahad dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal di barat Bandaraya Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sumber tempatan melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel menyerang Sekolah Kafr Qassem di kem pelarian al-Shati, membunuh enam individu dan mencederakan beberapa yang lain.

Mereka yang cedera dibawa ke Kompleks Perubatan Al-Shifa untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu berlaku susulan serangan pada Sabtu di Sekolah Al-Falah di kawasan perumahan Al-Zeitoun, Bandaraya Gaza yang mengorbankan 21 orang, termasuk 13 kanak-kanak, enam wanita dan seorang bayi manakala 30 yang lain cedera.

Serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023 mengakibatkan 41,391 rakyat Palestin terbunuh, dengan lebih 95,760 lagi cedera.

Selain itu, ribuan mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan yang tidak dapat diakses oleh pasukan kecemasan dan pertahanan awam akibat serangan Israel.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!