17,160 puntung rokok cemari Pantai Saujana Port Dickson

Antara puntung rokok yang dikutip dalam program World Clean Up Day 2024 di Pantai Saujana Port Dickson
Antara puntung rokok yang dikutip dalam program World Clean Up Day 2024 di Pantai Saujana Port Dickson
A
A
A

PORT DICKSON - Sebanyak 17,160 puntung rokok dikumpulkan melalui program World Clean Up Day 2024 di sekitar Pantai Saujana Port Dickson pada Sabtu lalu.

Program yang disertai 200 sukarelawan itu melibatkan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, melalui program itu juga sebanyak 7,392 cebisan plastik dan polisterin serta 1,094 helai beg plastik antara yang tertinggi dikumpulkan.

"Program ini diadakan selari dengan komitmen SWM Environment untuk memelihara keindahan alam semula jadi dan memupuk pembudayaan tanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

Sukarelawan menguris sampah di sekitar Pantai Saujana Port Dickson sempena Program World Clean Up Day 2024
Sukarelawan menguris sampah di sekitar Pantai Saujana Port Dickson sempena Program World Clean Up Day 2024

"Di samping itu, para sukarelawan turut melaksanakan pengauditan sisa yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis sisa yang dijana di sekitar pantai, bagi memahami corak pembuangan sampah di kawasan persisiran pantai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pengauditan sisa sampah dilakukan untuk mendapatkan maklumat penting tentang jenis sampah dihasilkan para pengunjung terutama cebisan kecil yang boleh memberikan ancaman serius kepada ekosistem marin.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, tanpa sedar sisa kecil ini walaupun nampak remeh namun boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada hidupan laut.

"Pada tahun lalu pengauditan cebisan kecil sisa merekodkan 10,651 puntung rokok diikuti 636 perkakasan makanan (sudu dan garfu plastik) dan 592 beg plastik.

Seramai 200 sukarelawan terlibat dalam program World Clean Up Day 2024 di Pantai Saujana Port Dickson
Seramai 200 sukarelawan terlibat dalam program World Clean Up Day 2024 di Pantai Saujana Port Dickson

"Selain itu, sebanyak 203 penutup botol plastik dan 178 bekas minuman plastik turut berjaya dikumpulkan yang merupakan antara jenis sisa paling banyak dijumpai serta paling berbahaya," katanya.

Jelasnya, bahan berkenaan mengambil masa ratusan tahun untuk terurai dan sering dimakan oleh haiwan marin sekali gus menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem.

Beliau berkata, bahan berkenaan mengambil masa ratusan tahun untuk terurai dan sering dimakan oleh haiwan marin sekali gus menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!