PM ucap tahniah kepada Presiden baharu Sri Lanka

Anura Kumara Dissanayake terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.
Anura Kumara Dissanayake terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.

"Tahniah kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake dan Sri Lanka atas kejayaan pilihan raya mereka. Berharap untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka dan bekerjasama demi kepentingan rakyat,” kata Anwar dalam catatan Facebook.

Dissanayake pemimpin People’s Liberation Front (JVP) dan perikatan National People’s Power (NPP), mengangkat sumpah jawatan di Sekretariat Presiden di Colombo pagi ini, selepas memperoleh 42.31 peratus undi dalam pilihan raya pada Sabtu.

Kemenangan ahli politik berusia 55 tahun itu, mencerminkan perubahan besar dalam politik Sri Lanka, dengan fokus kepada keadilan sosial dan reformasi ekonomi. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!