Penunggang motosikal maut tak sempat elak SUV

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Indahpura Utama, pada awal pagi Isnin. Gambar hiasan
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Indahpura Utama, pada awal pagi Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

KULAI – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Indahpura Utama, pada awal pagi Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 12.50 tengah malam dan melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR dengan kenderaan jenis Mazda CX-5.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal berusia 18 tahun tidak sempat mengelak SUV berkenaan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk bedah siasat.

“Pemandu Mazda CX-5 pula pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kulai bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!