Counter setting: Pengarah syarikat warga Bangladesh ejen sindiket ditahan

Suspek direman selama dua hari sehingga 24 September ini untuk siasatan.
Suspek direman selama dua hari sehingga 24 September ini untuk siasatan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang pengarah syarikat warga Bangladesh dipercayai memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa menerusi sindiket 'counter setting' yang dibongkar sebelum ini ditahan sekitar Lembah Klang pada Ahad.

Suspek yang merupakan lelaki berumur 50-an itu dipercayai bertindak sebagai ejen sindiket bagi membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama dua hari sehingga 24 September ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin.

Menurut sumber, suspek dipercayai memberi rasuah kira-kira RM200 hingga RM25,000 kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan melindungi, memudahkan urusan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur yang sah.

Kata sumber, penahanan suspek adalah susulan tangkapan yang dilakukan sebelum ini.

"Suspek dipercayai bertindak sebagai ejen serta menjadi orang tengah dan dipercayai melakukan kesalahan tersebut di antara tahun 2022 hingga 2024.

Suspek dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin.
Suspek dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin.

"Suspek telah ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh SPRM sekitar Lembah Klang pada jam 8 malam semalam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan seramai 60 individu termasuk 50 pegawai agensi penguat kuasa bersekongkol dalam kegiatan 'counter setting' di pintu negara telah ditahan.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan menerusi Op Pump, Op Pump 2.0 dan Ops Setting yang dijalankan sejak 20 Ogos lalu.

Katanya lagi, daripada jumlah 50 pegawai penguat kuasa yang ditahan, seramai 49 orang adalah pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang lagi merupakan anggota wanita daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat sarjan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!