Perdana Menteri Sri Lanka letak jawatan selepas Presiden baharu dipilih

Dinesh Gunawardena
Dinesh Gunawardena
A
A
A

COLOMBO - Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.

Dalam surat peletakan jawatannya, Gunawardena menyatakan bahawa dengan pemilihan Dissanayake sebagai presiden eksekutif kesembilan Sri Lanka, beliau meletakkan jawatan selaras dengan Perlembagaan negara.

Gunawardena turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Dissanayake pada Ahad malam, berikutan kemenangan beliau dalam pilihan raya.

"Saya dengan hormatnya mengucapkan tahniah kepada anda kerana dipilih sebagai Presiden Eksekutif Kesembilan Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka dalam pilihan raya presiden yang diadakan pada 21 September 2024," menurutnya dalam kenyataan. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!