GISBH mungkin ada 10,000 pengikut, amal Aurad Muhammadiah - KPN

Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia susulan penemuan risalah dan buku-buku di premis milik GISBH menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini. Foto Bernama
Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia susulan penemuan risalah dan buku-buku di premis milik GISBH menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pengikut GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) pada masa ini dianggarkan mencecah 10,000 orang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini, pihaknya masih belum dapat mengesahkan angka sebenar jumlah pengikut kumpulan berkenaan dan perkara itu masih dalam siasatan.

“Kita anggarkan lebih kurang termasuk kanak-kanak, dalam 10,000 (orang). Namun kita perlu sahkan daripada siasatan kita nanti,” katanya ketika sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, pemimpin dan pengikut GISBH dipercayai masih mengamalkan dan berpegang kepada ajaran Aurad Muhammadiah yang pernah diamalkan kumpulan Al Arqam sebelum difatwakan sesat pada 1994.

"Dapatan itu hasil penemuan buku-buku dan risalah berkaitan Aurad Muhammadiyah melalui serbuan dijalankan di premis GISBH dalam Op Global Fasa 4 pada Sabtu lalu.

“Kita percaya, daripada risikan dan keterangan yang kita dapat bahawa mereka masih mengamalkan tarikat ini (Aurad Muhammadiyah) kerana ada buku Abuya," katanya.

Beliau berkata, terdapat barangan yang dirampas disyaki bertentangan Islam dan berkaitan Aurad Muhammadiyah yang mana tarikat itu dimulakan Al-Arqam yang difatwakan sesat pada 1994.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas lanjut berkaitan perkara ini kerana di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!