Buaya 'agresif' ditangkap selepas makan umpan

Seekor buaya dinaikkan ke dalam sebuah pacuan empat roda.
Seekor buaya dinaikkan ke dalam sebuah pacuan empat roda.
A
A
A

TUARAN - Seekor buaya sepanjang 3.6 meter berjaya ditangkap selepas termakan umpan pada pancing yang dipasang di kawasan sungai di Kampung Dungun di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Roland Oliver Niun berkata, tangkapan dibuat pada jam 11 pagi selepas daging ayam yang dipasang pada pancing dimakan reptilia tersebut.

"Pancing dipasang di kawasan itu selepas pihak kita menerima aduan daripada penduduk yang menyatakan terdapat kehadiran buaya di tempat tinggalnya.

"Pihak JHL kemudian telah memasang pancing buaya dengan menggunakan umpan ayam di lokasi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, hasil daripada itu berjaya mendapat buaya seperti yang dilaporkan oleh penduduk di kampung berkenaan.

"Kakitangan JHL ada melakukan cubaan untuk menembak haiwan tersebut namun terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan kerana buaya itu agresif.

"Buaya itu kemudian berjaya ditangkap untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sebelum itu, tular dua video berdurasi 37 dan 22 saat yang menunjukkan seekor buaya dinaikkan ke dalam sebuah pacuan empat roda dipercayai dari sebuah sungai di Tuaran.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Seekor buaya sepanjang 3.6 meter berjaya ditangkap selepas termakan umpan pada pancing yang dipasang di kawasan sungai di Kampung Dungun, Tuaran pada Isnin. Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Roland Oliver Niun berkata, tangkapan dibuat pada jam 11 pagi selepas daging ayam yang dipasang pada pancing dimakan reptilia tersebut. Sebelum itu, tular dua video berdurasi 37 dan 22 saat yang menunjukkan seekor buaya dinaikkan ke dalam sebuah pacuan empat roda dipercayai dari sebuah sungai di Tuaran. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Sabah #Buaya

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!