Seseorang arah percepat kemasukan wang ke akaun peribadi Najib: Saksi
KUALA LUMPUR - Saksi kedua pembelaan kes pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd memberitahu mahkamah tiga akaun Datuk Seri Najib Razak dengan nombor terakhir 880, 906 dan 898, merupakan akaun yang terlibat dalam kes perbicaraan kali ini.
Ketika menjawab soalan daripada peguam Farhan Read yang mewakili Najib, saksi Krystle Yap, 34, berkata, dia menjadi sebahagian daripada kakitangan yang menguruskan akaun bekas Perdana Menteri itu.
Farhan: Sepanjang tahun 2014 dan 2015, beberapa deposit tunai yang besar telah dimasukkan ke dalam beberapa akaun Najib. Apa yang anda tahu tentang keadaan di sebalik deposit ini?
Krystle: Ada beberapa kali di mana Joanna Yu mengarahkan saya untuk bertemu dengan Kee Kok Thiam (rakan sekutu Jho Low) untuk memudahkan deposit tunai yang dimaksudkan ke dalam pelbagai akaun Najib. Dari apa yang saya diberitahu, ini adalah kerana akaun-akaun tersebut telah menjadi terlalu banyak.
Farhan: Mengapa Kok Thiam membuat deposit ini ke dalam akaun Najib?
Krystle: Saya sendiri tidak tahu sebab dia membuat deposit ini. Saya hanya bertindak atas arahan Joanna Yu untuk mempercepatkan urusan Kok Thiam dengan Cawangan. Saya hanya mengatur kakitangan untuk mengawasi beliau segera. Pada asasnya saya hanya mengatur agar dia 'memotong barisan' supaya bercakap.
Farhan. Adakah anda masih ingat berapa kali kejadian ini berlaku dan berapa banyak yang telah disalurkan?
Krystle: Tidak, saya tidak boleh ingat.
Pada 11 November tahun lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC International.
Mahkamah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Perbicaraan memasuki hari ke- 75, hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Sementara itu ketika pemeriksaan balas dengan Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, Krystle berkata, dia tidak mengetahui amaran yang dikeluarkan terhadap dana yang masuk ke akaun Najib kerana memiliki dokumen sokongan.
Sithambaram: Anda memang tahu (personal knowledge) pasal perkara ini?
Krystle: Tidak.
Perbicaraan memasuki hari ke- 75, hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali disambung esok
Mahkamah turut diberitahu bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohr Irwan Serigar Abdullah akan memberi keterangan bagi pihak pembelaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!