UPSR, PT3 tidak dikembalikan, beri sokongan PBD dilaksana

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua pihak perlu memberi sokongan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan pentaksiran bilik darjah (PBD) dilaksanakan sebaiknya.

Meskipun secara konsisten mahu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatkan Tiga (PT3) dikembalikan, Pakar Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, beliau menghormati keputusan KPM.

"Akhirnya KPM putuskan UPSR dan PT3 tidak dikembalikan.

"Demi kebaikan anak-anak, marilah semua kita berikan sokongan untuk PBD dijayakan sebaiknya," katanya pada Isnin.

No Image Caption

Beliau berkata demikian sebagai reaksi selepas Menteri KPM, Fadhlina Sidek memaklumkan kementerian itu mengekalkan keputusan pemansuhan UPSR dan PT3.

Minggu lalu, Anuar menyifatkan pelaksana PBD sejak tujuh tahun berlalu tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sejak dilaksanakan tujuh tahun lalu, tiada sebarang kajian rasmi peringkat kebangsaan dibuat mengenai keberkesanan PBD.

Justeru beliau secara konsisten memilih untuk mengembalikan semula UPSR dan PT3 yang dimansuhkan masing-masing pada tahun 2021 dan 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!