Bintang TikTok LIVE: UncleTokok, Suzalina menyatukan komuniti

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - TikTok LIVE telah muncul sebagai platform di mana pencipta konten boleh mengekspresikan diri mereka, membina komuniti dan juga mencari peluang baharu. Ini kelebihan yang diraih Harif Anas Haikal, lebih dikenali sebagai UncleTokok dan Suzalina Salim, juga dikenali sebagai Ejaa, Gadis Roti Canai.

Kedua-dua pencipta konten ini telah berkembang pesat di TikTok LIVE, membina hubungan virtual bersama penonton masing-masing, berkongsi cerita dan mengubah kehidupan mereka dengan cara yang seronok dan diluar jangkaan.

TikTok LIVE komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat, tulen dan inklusif, membolehkan hubungan masa nyata antara pencipta dan penonton mereka. Platform ini menawarkan ciri seperti pertandingan PK (Player Knock-Out), misi mengumpul gift dan ranking, yang meningkatkan penglibatan dan interaksi komuniti di LIVE.

Melalui interaksi ini, pencipta konten diberi keupayaan untuk menonjolkan bakat, berkongsi pengalaman kehidupan mereka, bercerita serta menambah baik perniagaan mereka. Penonton juga boleh mengambil bahagian dalam sesi LIVE dengan berkongsi hadiah kepada pencipta LIVE kegemaran mereka, memupuk sebuah komuniti yang positif.

TikTok LIVE juga kerap memperkenalkan kempen bertema, salah satunya ialah Kempen Merdeka Madness. Kempen ini diadakan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia, memberikan peluang unik kepada pencipta untuk menyertai perlawanan PK kompetitif yang bertema, perlawanan ranking bertema dan banyak lagi. Kempen seperti ini menambahkan keseronokan pada platform dengan menyelaraskan dengan detik-detik kebangsaan atau budaya yang signifikan.

UncleTokok: Pendiam yang menjadi bintang di TikTok LIVE

No Image Caption



Harif Anas Haikal, atau UncleTokok, mula berjinak dengan TikTok LIVE pada tahun ini hanya sekadar untuk mengetahui lebih tentang platform ini. Graduan baharu ijazah dalam Sains Sukan ini telah memulakan sesi langsungnya tanpa agenda tertentu, sekadar berbual santai untuk mengisi masa lapang. Tetapi apa yang bermula sebagai hobi ini dengan cepat telah mendapatkan perhatian orang ramai kerana sikapnya yang mesra.

Artikel Berkaitan:

Apa yang benar-benar unik pada UncleTokok ialah perubahannya daripada menjadi seorang introvert kepada seorang hos LIVE yang semakin yakin.

No Image Caption

Menurut UncleTokok, sebelum mempunyai TikTok, beliau segan bercakap di khalayak ramai dan kurang berkeyakinan.

"Sebelum saya mula LIVE, bercakap di hadapan orang ramai adalah satu cabaran besar bagi saya, apatah lagi merakam dan menyiarkan video diri saya sendiri. Jadi, menekan butang LIVE itu buat kali pertama sangat menakutkan bagi saya, tetapi saya bersyukur yang saya telah mendorong diri untuk mula LIVE dan lama-kelamaan,TikTok LIVE sekarang menjadi ruang yang saya selesa menjadi diri saya yang sebenar.

“Penonton saya memainkan peranan yang besar dalam perjalanan ini, sokongan mereka menggalakkan saya untuk terus LIVE dan membantu saya membina keyakinan diri yang saya ada sekarang,”katanya.

TikTok LIVE bukan sahaja memberi UncleTokok platform untuk berhubung, tetapi juga membantunya mengatasi keraguan diri. Hari ini, dia terkenal dengan penyertaannya dalam pertandingan PK yang meriah dan sesi memasak spontan yang membuatkan pengikutnya terhibur.

PK LIVE Merdeka Madness merupakan persaingan yang mencabar dan sengit bagi UncleTokok. Menghadapi perlawanan secara langsung selama beberapa hari, beliau bersaing bersama pencipta konten lain yang lebih berpengaruh, mempunyai ramai pengikut dan pengalaman yang jauh lebih besar.

No Image Caption

Walaupun menghadapi cabaran ini, UncleTokok melihat saingan ini sebagai satu peluang dan bukannya halangan. Dia mengumpulkan pengikutnya, mendorong mereka untuk bersatu dan menyokongnya semasa setiap pertandingan. Dengan sokongan ini, UncleTokok berjaya mengumpul lebih sejuta diamond dalam masa 5 minit dalam salah satu perlawanan PK ini. Kehadiran kolektif penontonnya menjadi sebuah dorongan psikologi dan memberikannya sokongan moral.

"Saya tidak pernah membayangkan bahawa sesuatu yang semudah bermain perlawanan PK boleh menyatukan orang ramai. Saya gembira kerana kami telah mencipta satu ruang di mana kita semua boleh berseronok dan menjalin hubungan erat secara virtual".

UncleTokok secara strategik mempromosikan perlawanan PK, mencipta poster dan menyebarkan khabar untuk mengumpulkan sokongan sebanyak mungkin. Beliau percaya bahawa setiap sumbangan, tidak kira betapa kecilnya, boleh membuat perbezaan dalam mendapatkan kemenangan. Bagi UncleTokok, menyatukan pemikirannya bersama penonton dan penyokongnya adalah penting untuk mencapai kejayaan bersama.

Suzalina: Dari gerai roti canai kepada hos

No Image Caption



Bagi Suzalina Salim, yang dikenali peminatnya sebagai Ejaa, Gadis Roti Canai, TikTok LIVE bermula sebagai satu cara untuk mempromosikan perniagaan roti canai keluarganya.

Menurut ibu tunggal kepada dua anak perempuan itu, dia memulakan penstriman LIVE empat tahun lalu untuk menarik pelanggan ke gerai sederhana mereka di Bazar Rakyat, Desa Cempaka, Nilai.

"Waktu pagi saya sentiasa agak huru-hara. Saya mengambil pesanan, menebar roti canai, dan juga buat LIVE pada masa yang sama. Tetapi mungkin semangat saya semasa menjalani pagi yang sibuk inilah yang penonton saya suka lihat. Mereka sering bertanya soalan menarik dan ingin tahu tentang apa yang saya buat.

No Image Caption

“Sesi paginya adalah gabungan hari kerjanya yang sibuk, manakala pada waktu petang, Suzalina lebih santai, menghiburkan penontonnya dengan sesi menyanyi dan sembang bersama-sama. Lama kelamaan, daya tarikan dan dedikasinya yang ikhlas ini membantunya membina pengikut yang setia, mengubahnya daripada penganjur perniagaan tempatan kepada personaliti yang dikenali di TikTok LIVE.,”katanya.

Hari ini, sesi LIVE beliau bukan sahaja menarik minat pelanggan tetapi juga menyediakan ruang di mana orang ramai boleh berinteraksi, berkongsi cerita dan mendapatkan keselesaan dalam tenaga mesra dan positifnya, yang telah memberikan beliau pengiktirafan ranking tinggi dalam Merdeka Ranking.

"Saya kagum bahawa sesuatu semudah membuat roti canai, sesuatu yang saya lakukan setiap hari untuk mencari rezeki boleh menghiburkan dan menyatukan orang ramai. Saya harap saya telah mewujudkan komuniti kecil di mana semua orang berasa dialu-alukan,”katanya.

No Image Caption

Merdeka Ranking juga merupakan penyertaan acara pertamanya, dan dengan sokongan tidak berbelah bahagi keluarganya dan juga penontonnya, Suzalina muncul sebagai juara dalam kedua-dua pusingan Merdeka Ranking.

Walaupun menghadapi beberapa detik yang mencabar, daya tahan Suzalina terserlah. Kejayaan beliau dalam kempen itu adalah bukti kerja keras dan dedikasinya, memberikannya pengiktirafan yang tidak pernah dia jangkakan. Ini telah memberikannya keyakinan untuk terus maju.

Melibatkan dan membesarkan komuniti

Kedua-dua UncleTokok dan Suzalina telah menguasai seni menyatu dan membina penonton mereka di TikTok LIVE. UncleTokok mengetengahkan bahawa interaksi bersama penonton adalah sangat penting, oleh itu dia telah cuba memberi perhatian yang tulus kepada setiap penonton yang menyertai sesi LIVE-nya, demi penontonnya berasa dihargai dan menjadi sebahagian komuniti.

Pendekatannya terhadap persaingan PK adalah mudah, konsisten dan positif. Dia melihat persaingan ini sebagai peluang untuk menyatukan pengikutnya, menjadikan setiap kemenangan atau kekalahan pengalaman bersama.

Begitu juga, Suzalina memastikan penontonnya rasa terlibat dengan mengakui kehadiran mereka ketika mereka menyesuaikan diri dengan sesi LIVE. Penontonnya telah menjadi komuniti yang rapat, yang kebanyakannya telah membentuk persahabatan sebenar melalui sesi LIVEnya.

Perjalanan UncleTokok dan Suzalina di TikTok LIVE bukan sekadar kisah pertumbuhan peribadi, ia adalah testimoni bagaimana platform boleh mencipta perubahan positif. Mereka telah menggunakan TikTok LIVE bukan sahaja untuk membina pengikut tetapi juga untuk memupuk komuniti yang memberi inspirasi, menyokong dan mengangkat satu sama lain.

Bagi pencipta yang ingin meneroka peluang baharu dan berhubung dengan khalayak yang lebih luas, TikTok LIVE menawarkan cara yang menarik untuk berkongsi cerita anda dan membina komuniti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!