Polis buru lelaki pecah masuk restoran makanan segera

Sebuah restoran makanan segera di Bandar Puncak Alam di sini, dipecah masuk pada Isnin.
Sebuah restoran makanan segera di Bandar Puncak Alam di sini, dipecah masuk pada Isnin.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis memburu seorang lelaki yang bertindak memecah masuk sebuah restoran makanan segera di Jalan Niaga Bestari, Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 7.40 petang.

"Siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menaiki sebuah kereta berwarna merah.

"Suspek masuk ke dalam restoran berkenaan dengan memecahkan pintu kaca restoran dengan menggunakan spanar," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa barangan berharga dalam restoran terbabit telah hilang.
Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa barangan berharga dalam restoran terbabit telah hilang.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati beberapa barangan berharga dalam restoran terbabit telah hilang.

"Susulan itu, usaha mengesan suspek terlibat dalam kejadian ini sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Sahadan Mohamad di talian 019-3300602.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!