Ketua Penyelidik My #QuranTime meninggal dunia

Ustaz Safri Muhammad, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.
Ustaz Safri Muhammad, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Safri Muhammad, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Menurut isterinya, Rusamiah Ismail, 51, Allahyarham Safri dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.

“Keadaan kesihatannya mula merosot dan mengalami batuk menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya jam 5 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Ujarnya, doktor mengesahkan jantung arwah terhenti dan pihak hospital terpaksa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebanyak lima kali sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, Allahyarham yang berasal dari Medan, Indonesia turut meninggalkan tiga orang anak berusia 15 hingga 20 tahun.

Beliau sebelum ini bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 yang disiarkan di tiga stesen TV sejak tahun 2020 dan mengajar kelas bahasa Arab dan al-Quran di Kumpulan Karangkraf sejak tahun 2014.

Pada Sabtu lalu, Allahyarham terlibat dalam program Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan, SS 15 Subang Jaya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, Allahyarham mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Sains al-Quran dari Universiti Madinah turut terlibat dengan World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour sejak ianya mula diperkenalkan.

Artikel Berkaitan:

“Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Kuda dan akan disempurnakan di Masjid Kampung Kuantan, Klang.

"Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cemerlang pagi Selasa,” katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!