‘Mahu solat tapi kena halau sebab sudah lewat malam’

Afifah mendakwa diarah keluar pada jam 8.50 malam di sebuah masjid di Parit Buntar, Perak,
Afifah mendakwa diarah keluar pada jam 8.50 malam di sebuah masjid di Parit Buntar, Perak,
A
A
A

SHAH ALAM - Niat mahu menunaikan solat dengan khusyuk dan tenang terbantut gara-gara dihalau dari masjid kerana sudah ‘lewat’ malam.

Itu pengalaman seorang wanita, Afifah Abd Halim, 34, yang berkongsi di TikTok apabila mendakwa diarah keluar pada jam 8.50 malam di sebuah masjid di Parit Buntar, Perak oleh seorang individu dipercayai ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan.

“Sanggup makcik tutup lampu sedangkan orang tengah solat lagi, saya nak pakai tudung pun tak boleh sebab alasan mahu kunci pintu, Allahuakbar.

“Anak saya sampai menangis sebab gelap, bila saya tegur, makin disuruhnya saya keluar dari masjid,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Afifah terkejut selepas AJK berkenaan tidak mahu langsung bertolak ansur dan memaksanya keluar tanpa mempersiapkan keadaan diri yang baru sahaja selesai solat.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, jelas kelihatan Afifah terkilan diperlakukan begitu sedangkan masjid adalah tempat yang paling selesa untuk semua umat Islam beribadat.

Bagaimanapun, dia sudah membuat laporan kepada pihak masjid terhadap situasi yang berlaku dan mereka mengambil maklum mengenai peristiwa itu.

“Saya telah membuat laporan di Facebook pihak masjid, dan mereka sudah meminta maaf serta akan beri teguran kepada AJK muslimat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Saya harap perkara ini tidak berlaku lagi di masa hadapan, kerana semua orang ada hak untuk menggunakan fasiliti masjid. Semoga mereka lebih peka terhadap orang ramai yang berada dalam masjid untuk beribadat,” jelasnya.

@sinarharianonline

‘Mahu solat tapi kena halau sebab sudah lewat malam’ #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Masjid #Solat #AJK #Halau

BCC News - Ockeroid

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!