Ismail Sabri layak jadi pihak ketiga runding MoU

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Polemik yang tiada berkesudahan berhubung memorandum persefahaman (MoU) peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang boleh dielakkan dengan menjemput pihak ketiga untuk memulakan semula rundingan MoU itu.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, masih ada jalan penyelesaian boleh dipertimbangkan dan dilaksanakan antara kedua pihak walaupun pihak pembangkang telah menolak MoU tersebut.

Mujibu
Mujibu

“Antara nama pihak ketiga yang boleh dipertimbangkan untuk terlibat dalam rundingan MoU adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berjaya berbincang baik dengan pembangkang.

Antara laporan Sinar Harian berhubung MoU peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Antara laporan Sinar Harian berhubung MoU peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

“Selain itu, rundingan MoU tersebut boleh melibatkan pihak ketiga lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Malaysia Corruption Watch (MCW) dan sebagainya,” katanya.

Beliau menambah, rundingan MoU berkenaan dicadang dilakukan secara terbuka dengan menjemput pihak ketiga bagi memastikan rundingan terbabit benar-benar telus dan tidak menjadi isu berbangkit di kemudian hari.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!