Masa depan generasi kini perlu perhatian serius

Peperiksaan UPSR dan PT3 sebelum ini dilihat dapat menilai kecemerlangan pelajar, sekali gus menjadikan sistem pendidikan lebih adil.
Peperiksaan UPSR dan PT3 sebelum ini dilihat dapat menilai kecemerlangan pelajar, sekali gus menjadikan sistem pendidikan lebih adil.
A
A
A

MASA depan generasi muda di Malaysia perlu diberi perhatian lebih mendalam oleh semua pihak terutamanya dalam aspek pendidikan, teknologi, kesihatan mental dan ekonomi.

Generasi muda hari ini merupakan pewaris negara dan apa sahaja cabaran yang mereka hadapi sekarang akan memberi impak besar terhadap pembangunan negara pada masa hadapan.

Ia berikutan, cadangan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dimansuhkan tidak boleh dilihat melalui satu aspek sahaja.

Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, satu pandangan meliputi semua pemegang taruh perlu disediakan.

Adakah sikap bertukar-tukar sistem pendidikan bagi murid menyebabkan kehadiran mereka di sekolah hanya bermain-main dan tidak mengendahkan pembelajaran?

Perkara tersebut mendapat perhatian daripada beberapa pihak antaranya bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengatakan peperiksaan itu sebelum ini menjadi teras kepada aspek kemenjadian pelajar.

Selain itu, bagi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peperiksaan berkenaan merupakan pengukur terhadap keupayaan murid sebelum ke peringkat sekolah menengah.

Bagaimanapun, apabila Menteri Pendidikan sudah mengumumkan tidak akan mengembalikan UPSR dan PT3, maka semua pihak perlu akur sekali gus memberikan kepercayaan kepada pihak tersebut melakukan yang terbaik kepada sistem pembelajaran pelajar.

Artikel Berkaitan:

Pihak kerajaan, sekolah, ibu bapa dan masyarakat disaran memainkan peranan masing-masing dalam memastikan murid-murid kini mendapat sokongan serta keyakinan untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.

Justeru, semua pihak perlu memberi sokongan kepada pihak kerajaan untuk memastikan pendidikan pelajar terjamin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!