GISBH: Helwa ABIM sokong langkah KPM

Pada Isnin, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global mulai 1 Oktober ini dan program pendidikan untuk kanak-kanak tercicir berkenaan, yang tidak mendapat sebarang pendidikan formal sebelum ini, akan menggunakan modul khas di tempat perlindungan mereka sekarang.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Helwa ABIM) menyokong langkah Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan kelangsungan pendidikan kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), yang diselamatkan menerusi Op Global.

Naib Presiden ABIM (Helwa), Fatin Nur Majdina Nordin dalam kenyataan berkata, ia bertepatan dengan hak kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah untuk mendapatkan pendidikan, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan hidup selaras dengan peruntukan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC).

"Tindakan ini perlu bagi memastikan kanak-kanak ditempatkan di rumah perlindungan tersebut tidak tercicir dalam pembelajaran sepanjang tempoh siasatan yang mengambil tempoh masa panjang.

"Anak-anak ini harus mengikuti kurikulum standard pendidikan kebangsaan dengan penerapan kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira) dan kemahiran lain supaya berupaya membina daya tahan diri bagi menghadapi cabaran masa depan dan tidak ketinggalan mahu pun disisihkan dalam masyarakat,” katanya.

Pada Isnin, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global mulai 1 Oktober ini dan program pendidikan untuk kanak-kanak tercicir berkenaan, yang tidak mendapat sebarang pendidikan formal sebelum ini, akan menggunakan modul khas di tempat perlindungan mereka sekarang.

Sementara itu, Fatin Nur Majdina berkata, Helwa ABIM juga sedia membantu dalam aspek sokongan emosi dan psikososial selain masyarakat turut disaran memberi sokongan dan peluang kepada kanak-kanak berkenaan untuk keluar dari kemelut yang telah mengheret mereka kepada eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

"Helwa ABIM turut mencadangkan supaya organisasi terlibat dengan kanak-kanak dan komuniti secara keseluruhannya dapat mewujudkan polisi perlindungan kanak-kanak dan jawatankuasa perlindungan kanak-kanak dalam organisasi masing-masing agar isu berkaitan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak diberi perhatian utama.

"Ini bertepatan dengan saranan yang digariskan dalam Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sejak Op Global fasa pertama dilaksanakan pada awal September lepas, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, 572 mangsa diselamatkan manakala tujuh dihadapkan ke mahkamah atas 29 pertuduhan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!