Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa bumi 5.0 skala Richter

Gempa bumi yang berlaku pada 8:14 pagi waktu tempatan itu berpusat berhampiran Kepulauan Torishima pada kedalaman 10 kilometer. Foto hiasan
Gempa bumi yang berlaku pada 8:14 pagi waktu tempatan itu berpusat berhampiran Kepulauan Torishima pada kedalaman 10 kilometer. Foto hiasan
A
A
A

TOKYO - Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami, dengan ombak tsunami setinggi satu meter dijangka tiba di Kepulauan Izu dan Ogasawara sekitar 9 pagi waktu tempatan.

Amaran dikeluarkan bagi menggesa penduduk menjauhi kawasan pantai selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda kepulauan Jepun pada pagi Selasa, lapor Xinhua.

Gempa bumi yang berlaku pada 8:14 pagi waktu tempatan itu berpusat berhampiran Kepulauan Torishima pada kedalaman 10 kilometer.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!