Wright label Haaland pengecut

Haaland bertekak dengan Gabriel di Etihad. Foto: Agensi
Haaland bertekak dengan Gabriel di Etihad. Foto: Agensi
A
A
A

LEGENDA Arsenal, Ian Wright menggelar Erling Haaland sebagai pengecut selepas penyerang Manchester City itu membaling bola ke arah pertahanan Gunners, Gabriel Magalhaes ketika kedua-dua pasukan melakar keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad.

Haaland membaling bola dari belakang ke arah kepala Gabriel selepas pemain City, John Stones menjaringkan gol dalam masa tambahan yang menyelamatkan penyandang juara daripada kekalahan pertama liga ketika berdepan Arsenal yang beraksi 10 pemain.

Haaland bertekak dengan Gabriel di Etihad. Foto:Agensi
Haaland bertekak dengan Gabriel di Etihad. Foto:Agensi

Arsenal kendalian Mikel Arteta bermain 10 pemain apabila bintang Belgium, Leandro Trossard dilayangkan kad kuning kedua minit ke-53 masa kecederaan separuh masa pertama setelah menendang bola keluar selepas dihukum kerana mengasari Bernardo Silva.

Gol penyamaan Stones itu berjaya mengekalkan The Citizens di puncak liga selepas pertarungan sengit menentang pencabar kejuaraan mereka berkenaan.

Jurucakap FA England berkata tiada keperluan untuk tindakan susulan selepas insiden membabitkan Haaland dan Gabriel diperiksa Pembantu Pengadil Video (VAR) selepas itu.

"Saya merasakan perlu memperbetulkan sesuatu di luar sana yang mengganggu pemikiran saya dan jelas cara Trossard dibuang padang, sudah tentu mengecewakan.

"Ketika mendahului 2-1, kemudian seorang pemain kami dibuang padang kerana sesuatu yang sedemikian, mari kita hadapi kenyataan bahawa dia tidak sepatutnya dibuang kerana insiden itu.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi satu perkara yang membuatkan saya betul-betul terpana adalah tindakan pengecut Haaland yang melempar bola ke kepala Gabi dari arah belakang. Satu tindakan pengecut sebenar," tulis Wright di Instagramnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!