Angkasawan Rusia kembali ke bumi selepas 374 hari berada di ISS

Anggota kru Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), angkasawan Roscosmos Nikolai Chub dibantu semasa meninggalkan kapsul angkasa lepas Soyuz MS-25 selepas mendarat di kawasan terpencil berhampiran Zhezkazgan, Kazakhstan. Foto Reuters
Anggota kru Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), angkasawan Roscosmos Nikolai Chub dibantu semasa meninggalkan kapsul angkasa lepas Soyuz MS-25 selepas mendarat di kawasan terpencil berhampiran Zhezkazgan, Kazakhstan. Foto Reuters
A
A
A

ISTANBUL - Dua angkasawan Rusia kembali ke bumi selepas menghabiskan 374 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan agensi angkasa negara itu pada Isnin.

Roscosmos menerusi platform Telegram memaklumkan kapsul Soyuz MS-25 yang membawa Oleg Kononenko dan Nikolay Chub mendarat berhampiran bandar Jezkazgan di Kazakhstan pada jam 2.59 petang waktu Moscow (1159GMT).

Kapsul itu turut membawa angkasawan NASA, Tracy Dyson, yang berada di orbit selama 184 hari.

Menurut Roscosmos, Kononenko dan Chub mencatat rekod paling lama berada di stesen itu.

Dengan kepulangannya, Kononenko turut mencatat rekod baharu berada di angkasa lepas dengan jumlah 1,111 hari sepanjang menyertai lima misi.

Rekod bagi tempoh keberadaan tunggal paling lama di angkasa masih dipegang oleh Valery Polyakov, yang berada di orbit selama 438 hari pada 1994-1995 di stesen angkasa Mir. - Bernama

Artikel Berkaitan:

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!