Op Global: Polis Kedah serbu operasi GISBH

Fisol (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Selasa.
Fisol (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Polis Kedah mengesahkan telah melakukan serbuan dan pemeriksaan di tiga daerah membabitkan operasi Op Global yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, serbuan dilakukan selaras arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam Op Global fasa empat bagi mengumpul bahan bukti dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan berkenaan.

"Memang kita ada buat pemeriksaan... saya rasa tiada isu dia orang (GISBH) nak melarikan diri ataupun menutup tempat tetapi fizikal yang kita tengok hasil daripada pemeriksaan yang kita buat memang ada yang tutup dan ada yang buka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Pelupusan Barangan Kes Trafik dan Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dekat sini, pada Selasa.

Tambahnya, semua hasil laporan siasatan diserahkan ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Difahamkan tiada tangkapan dibuat dalam operasi membabitkan daerah Kuala Muda, Kulim dan Kubang Pasu itu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan GISBH telah lumpuh dan usaha menyelamatkan ahli serta mangsa melibatkan kanak-kanak sedang giat dijalankan.

Dianggarkan GISBH mempunyai ahli sekitar 10,000 orang termasuk kanak-kanak di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!