Lembah Klang Raya mampu tersenarai antara bandar metropolis utama Asia

Tangkap layar kenyataan Amirudin di laman Facebooknya pada Selasa (kiri), Amirudin
Tangkap layar kenyataan Amirudin di laman Facebooknya pada Selasa (kiri), Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Empat pihak berkuasa tempatan (PBT)di Selangor bakal menggunakan satu garis panduan bersepadu, Lembah Klang Raya untuk menjadi sebagai bandar metropolis di Malaysia.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, ia selaras pengumuman sebelum ini, dan semua pelaksanaan undang-undang di Klang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya akan diperkemas dan diseragamkan.

"Metropolis adalah bandar raya dengan lebih sejuta penduduk berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perniagaan, perdagangan, perindustrian serta berteknologi tinggi.

"Projek ini diumum menerusi Belanjawan 2024 dengan peruntukan RM2 juta bagi menggabungkan empat bandaraya ini," ujarnya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Jelasnya, kerajaan negeri juga telah menubuhkan Mesyuarat Jawatankuasa Penyeragaman bawah Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya.

"Kepakaran, sumber, kewangan dan pelbagai lagi akan diseragamkan supaya tiada pertindihan serta memudahkan urusan penduduk.

"Insya-ALLAH, Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama Asia Tenggara dan mampu tersenarai antara lima metropolis utama di Asia," ujarnya.

Menteri Besar menambah, pencapaian itu juga pasti mampu untuk meningkatkan kemakmuran negeri dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!