200 hektar padi diserang serangga perosak, ulat gulung daun

Harun (kanan) dan petani, Ariffin Awang Chik, 63, (kiri) menunjukkan ulat gulung daun yang menyerang tanaman padi di Kubang Sawa, Tumpat. Gambar kecil: Ulat gulung daun di tangan kiri manakala ulat menjadi kepompom di tangan kanan.
Harun (kanan) dan petani, Ariffin Awang Chik, 63, (kiri) menunjukkan ulat gulung daun yang menyerang tanaman padi di Kubang Sawa, Tumpat. Gambar kecil: Ulat gulung daun di tangan kiri manakala ulat menjadi kepompom di tangan kanan.
A
A
A

TUMPAT - Serangga perosak, ulat gulung daun menyerang tanaman padi kira-kira seluas 200 hektar di kawasan Bendang Pak Yong, Kubang Sawa dan Naga Ibu, di sini, sejak dua minggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan lebih 50 pesawah dijangka mengalami kerugian hampir RM1 juta akibat penyusutan hasil sehingga 30 peratus apabila dituai pada Oktober ini.

Para petani melihat tanaman padi mereka yang rosak.
Para petani melihat tanaman padi mereka yang rosak.

Petani, Harun Omar, 63, yang mengusahakan 20 hektar padi berkata, serangan berlaku dengan ulat tersebut memakan daun padi yang sedang membunting.

Menurutnya, tanaman musim kedua itu kini berusia tiga bulan dengan keadaan cuaca tidak menentu antara panas dan hujan menyebabkan serangan serangga perosak semakin memburuk.

“Jumlah rama-rama datang bersama angin terlalu banyak dan bertelur pada daun sebelum menjadi ulat.

“Ulat ini yang mengancam tanaman apabila memakan daun menyebabkan padi rosak dan menjadi hampa sebelum ulat bertukar ke kepompong seterusnya rama-rama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kubang Sawa, di sini, pada Selasa.

Akibat serangan itu, seorang lagi petani, Ahmad Nashruddin Harun, 34, memberitahu, para petani di kawasan tersebut berpakat menyembur racun menggunakan dron namun keadaan ulat masih berleluasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dalam tempoh dua minggu tersebut, sudah 10 kali semburan racun digunakan dengan kos RM650 bersama racun berjumlah lima liter (L).

“Setiap 500 mililiter racun akan dicampurkan dengan 10L air dan disembur ke tanaman padi menggunakan dron yang diterbangkan di sawah.

“Kebiasaanya sekali racun disembur, ulat akan mati namun kali ini lebih sukar kerana keadaan serangan tidak berubah,” katanya.

Ends

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!