Jenazah Ustaz Safri selamat dikebumikan

Jenazah Ustaz Safri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cemerlang, Klang pada Selasa.
Jenazah Ustaz Safri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cemerlang, Klang pada Selasa.
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Jenazah Ketua Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Safri Muhammad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cemerlang pada jam 2.25 petang, Selasa.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Surau Bukit Kuda untuk dimandikan dan disolatkan sebelum diiring ke tanah perkuburan pada jam 11.30 pagi.

Selain ahli keluarga dan kenalan, hadir sama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff.

Ibu kepada Allahyarham Ustaz Safri, Hadisah Husin, 73, kelihatan sebak selepas selesai pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Bukit Cemerlang, Klang pada Selasa.
Ibu kepada Allahyarham Ustaz Safri, Hadisah Husin, 73, kelihatan sebak selepas selesai pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Bukit Cemerlang, Klang pada Selasa.

Safri, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Menurut isterinya, Rusamiah Ismail, 51, Allahyarham dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.

Ujar Rusamiah, keadaan kesihatan Allahyarham mula merosot dan mengalami batuk menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak masing-masing dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Muhammad Aliff Al Ghazali, 20, Ahmad Deedath Al Hamzani, 18, dan Aisyah Nur Kasih, 15.

Beliau sebelum ini bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 yang disiarkan di tiga stesen TV sejak tahun 2020 dan mengajar kelas bahasa Arab dan al-Quran di Kumpulan Karangkraf sejak tahun 2014.

WUIF merupakan inisiatif di bawah Kumpulan Karangkraf yang dibangunkan bagi menerapkan semangat cinta al-Quran sekali gus menggalakkan lebih ramai penglibatan masyarakat dalam menghayati surah kitab suci tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!