Percepat bina benteng pemecah ombak - ADUN Jeram
24 September 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Percepat bina benteng pemecah ombak - ADUN Jeram
Kerajaan digesa menyediakan peruntukan membina benteng pemecah ombak di beberapa lokasi 'hotspot' di sepanjang pesisir Pantai Remis hingga Pantai Jeram di Kuala Selangor bagi menangani ancaman fenomena air pasang besar, lapor wartawan Sinar Harian Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menyegerakan projek itu bagi mengelakkan kesan lebih serius kepada kira-kira 300 penduduk dan peniaga di kawasan pelancongan berkenaan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PesisirPantaiRemis #BentengOmbak #Jeram #AirPasangBesar