Cinderlisa, novel romantik komedi pertama diterbitkan

Novel Cinderlisa merupakan naskhah romantik komedi pertama yang diterbitkan di bawah karya Alaf 21 Kumpulan Karangkraf sempena Jualan Gudang pada 27 September ini.
Novel Cinderlisa merupakan naskhah romantik komedi pertama yang diterbitkan di bawah karya Alaf 21 Kumpulan Karangkraf sempena Jualan Gudang pada 27 September ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Novel Cinderlisa merupakan naskhah romantik komedi pertama yang diterbitkan di bawah karya Alaf 21 Kumpulan Karangkraf sempena Jualan Gudang pada 27 September ini.

Penulisnya, Iris Erika berkata, ia merupakan hasil penulisan pertama yang berjaya diadaptasikan daripada aplikasi Novelplus selepas mengembangkan capaian pembaca.

Katanya, novel tersebut mengisahkan seorang penganggur wanita berusaha mencari kerja namun asyik ditolak dengan pelbagai alasan dan akhirnya bertemu dengan seorang lelaki yang sanggup mengupah sebagai calon isteri upahan.

Iris Erika
Iris Erika

“Pembaca dapat melihat dan membayangkan kepelbagaian watak yang dibawakan oleh heroin dalam Cinderlisa yang dinamakan sebagai Alisa.

“Saya cuba menyampaikan mesej kepada semua yang sedang berusaha untuk tidak berputus asa dan terus mencuba.

“Seperti watak Alisa yang tak mengalah walaupun menerima penolakan dan terus berusaha mendapatkan pekerjaan sehingga dia berjaya membuka sebuah restoran dengan bantuan suaminya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Jualan Gudang Karangkraf akan bermula pada 27 September ini bakal menemui pengunjung di Kompleks Kumpulan Karangkraf dengan pelbagai tawaran aktiviti menarik.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, tambah Iris Erika, novel Cinderlisa tersebut mungkin menjadi satu-satunya naskah dengan elemen romantik komedi yang berjaya diterbitkan.

Ujarnya, ini kerana banyak cabaran dan konflik yang perlu dihadapi sepanjang menulis genre tersebut.

“Saya rasa tidak boleh bawa elemen komedi itu lagi kerana agak susah sebab saya sendiri di dunia nyata merupakan individu yang serius dan agak pendiam.

“Tapi Insya-ALLAH, walaupun bukan novel romantik komedi, saya akan cuba berlawak dalam novel seterusnya,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!