Salah guna visa pelancong punca utama kes 'counter setting'

SPRM mengenal pasti penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing menjadi antara punca utama berlakunya kegiatan 'counter setting'. Gambar hiasan
SPRM mengenal pasti penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing menjadi antara punca utama berlakunya kegiatan 'counter setting'. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing menjadi antara punca utama berlakunya kegiatan 'counter setting'.

Menurut sumber, kumpulan warga asing yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan Terminal 2 (KLIA2) didapati gemar menggunakan visa jenis itu.

Kata sumber, mereka khususnya dari Bangladesh, Nepal, Myanmar serta beberapa negara lain datang ke negara ini tidak menggunakan sistem sedia ada.

"Golongan tersebut menyalah guna visa pelancong masuk ke negara ini, kononnya bertujuan untuk melancong tetapi hakikatnya bertujuan mencari pekerjaan secara haram di negara ini.

"Ia merupakan modus operandi yang membuka kepada kegiatan 'counter setting' apabila sindiket membayar wang rasuah dengan nilai tertentu kepada penguat kuasa," katanya pada Selasa.

Menurutnya, perbuatan itu seterusnya menyebabkan berlakunya isu warga asing melakukan kesalahan tinggal melebihi tempoh sah, bekerja tanpa permit kerja yang sah dan mengelak senarai hitam dalam negara.

Katanya lagi, pihak sindiket juga tidak menggunakan sistem pengurusan berpusat pekerja asing iaitu Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) untuk mendaftar dan memantau pekerja asing di negara ini.

Sumber berkata, penyalahgunaan visa pelancong yang bertujuan untuk bekerja secara haram itu dikenal pasti sangat berleluasa dan membuka peluang kepada warga asing masuk bekerja di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, bayaran dikenakan sindiket kepada kumpulan warga asing yang ingin memohon permit kerja ke negara ini adalah melebihi RM6,000 sehingga RM12,000 dengan menggunakan saluran tidak sah.

Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!