KEDA peruntuk RM115,000 bantu mangsa banjir Kedah

Ismasuhaimi (tiga dari kiri) menyantuni seorang mangsa banjir, Yatim Mohd Akhir yang diserang strok sejak enam tahun lalu.
Ismasuhaimi (tiga dari kiri) menyantuni seorang mangsa banjir, Yatim Mohd Akhir yang diserang strok sejak enam tahun lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak RM115,000 diperuntukkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi penyediaan bakul makanan membantu mangsa-mangsa banjir di wilayahnya di negeri ini.

Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff berkata, sumbangan tersebut melibatkan bantuan untuk mangsa di dalam dan luar Desa KEDA, mangsa dari kalangan staf KEDA dan agensi dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kampung Seberang Perak yang dipilih sebagai kampung angkat KEDA bagi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).

Menurutnya, bakul makanan tersebut akan diberikan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir dan semua sumbangan itu akan disampaikan dalam masa terdekat.

Ismasuhaimi (kiri) melihat bakul makanan yang akan diserahkan kepada mangsa banjir di Tongkang Yard, Alor Setar pada Selasa.
Ismasuhaimi (kiri) melihat bakul makanan yang akan diserahkan kepada mangsa banjir di Tongkang Yard, Alor Setar pada Selasa.

"Selain itu, KEDA telah menggerakkan Skuad Prihatin KEDA untuk membantu semasa pasca banjir.

“Kita akan menilai jumlah kerosakan yang berlaku di kawasan KEDA dan akan menyampaikan maklumat kepada KKDW untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Terdahulu beliau turun padang menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Tongkang Yard, di sini.

Pada masa yang sama, KEDA juga menyerahkan 50 set bakul makanan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Ihsan, Muhammad Fitri Hafizan Ahmad Kamal untuk diserahkan kepada anak kariah yang terjejas.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Afifah Omar dan Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Mejar Muhammad Suhaimi bin Mohd Zain.

Tambah Ismasuhaimi, pelajar dari Kolej KEDA juga akan turut membantu mangsa dengan membaiki perkakasan elektrik dan motosikal yang rosak akibat banjir secara percuma.

Ismasuhaimi (tigadari kanan) menyerahkan 50 set bakul makanan kepada Jawatankuasa Masjid Al-Ihsan,Aor Setar untuk diserahkan kepada anak kariah yang terjejas.
Ismasuhaimi (tigadari kanan) menyerahkan 50 set bakul makanan kepada Jawatankuasa Masjid Al-Ihsan,Aor Setar untuk diserahkan kepada anak kariah yang terjejas.

“Skuad Prihatin KEDA akan kenal pasti mangsa banjir memerlukan bantuan, selepas itu, kita akan cari alat ganti yang diperlukan. Pelajar-pelajar kita akan gunakan kemahiran yang ada untuk membaiki peralatan yang rosak. Diharapkan sumbangan kecil ini dapat mengurangkan bebanan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Yatim Mohd Akhir, 68, berkata, banjir yang baru melanda kampung itu agak teruk berbanding kejadian banjir sebelum ini.

"Air naik tinggi juga. Saya dan empat lagi ahli keluarga duduk di rumah dalam keadaan banjir selama tiga hari. Kami tidak berpindah kerana dalam keadaan selamat lagi.

"Terima kasih KEDA kerana sudi membantu mangsa-mangsa banjir di sini kerana sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya yang menghidap angin ahmar sejak enam tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!