Lebih 430,000 orang terjejas hujan lebat, Taufan Bebinca di tengah China

Pengguna jalan raya meredah banjir di Shanghai, timur China - Foto:Xinhua
Pengguna jalan raya meredah banjir di Shanghai, timur China - Foto:Xinhua
A
A
A

ZHENGZHOU - Lebih 430,000 orang di bandar Shangqiu, Wilayah Henan di tengah China, terjejas oleh hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Bebinca, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Kebanyakan bahagian Shangqiu dilanda hujan lebat dari jam 8 pagi pada 17 September hingga 6 pagi pada 19 September, yang mengakibatkan banjir di 69 perbandaran di Shangqiu, dengan hujan mencecah setinggi 625.9 mm, menurut jabatan meteorologi, pengurusan kecemasan dan air di bandar itu.

Setakat jam 6 petang Isnin, lebih 433,000 penduduk terjejas dan 5,119 orang telah dipindahkan.

Walaupun hujan lebat telah berhenti di Shangqiu, beberapa kawasan di bandar itu masih mengalami genangan air. Kakitangan tindak balas kecemasan dan penyelamat bersiap sedia untuk menguruskan keadaan.

Bebinca, taufan ke-13 tahun ini, mendarat di Shanghai pada 16 September. Ia dipercayai taufan terkuat yang melanda metropolis itu dalam tempoh 75 tahun.

Walaupun Pusat Meteorologi Kebangsaan China berhenti menjumlahkan Taufan Bebinca pada 11 malam pada 18 September, kesannya membawa kepada ribut hujan lebat di Henan dan kawasan lain. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!