Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak

Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petros - Gambar hiasan
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petros - Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan selepas mesyuarat antara kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros, bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Petros, Datuk Janin Girie dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki.

"Disahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak dan Petros. Semua pihak menghormati dan mematuhi undang-undang Persekutuan dan negeri berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak, serta Petronas dan Petros telah mengesahkan bahawa perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak kini sedang berjalan antara mereka dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!