PRK Mahkota: Proses undi awal berakhir, pusat pengundian ditutup jam 5 petang

Ramlan (tengah) ketika meninjau proses undi awal bagi PRK Mahkota di Dewan Pengaman Zamrud, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang hari ini.: Foto Bernama
Ramlan (tengah) ketika meninjau proses undi awal bagi PRK Mahkota di Dewan Pengaman Zamrud, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang hari ini.: Foto Bernama
A
A
A

KLUANG - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tamat apabila tiga pusat ditutup pada jam 5 petang, setelah dibuka jam 8 pagi tadi.

Pusat pengundian itu ialah Dewan Mahkota di Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim di sini.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan terdapat 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis bagi DUN Mahkota.

SPR menerusi kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 93.17 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 3 petang.

Cuaca baik sepanjang proses pengundian pagi tadi manakala gerimis pada sebelah petang.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dilihat hadir ke pusat berkenaan bagi meninjau perjalanan proses pengundian awal PRK Itu.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Artikel Berkaitan:

DUN Mahkota yang terletak di dalam Parlimen Kluang memiliki keseluruhan 66,318 pengundi berdaftar, dengan 20 pusat mengundi biasa akan dibuka pada Sabtu ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!