AADK tidak berkompromi kakitangan terlibat salah laku

AADK tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti.
AADK tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti.
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya amat mengalu-alukan laporan siasatan berhubung salah laku kakitangan AADK Negeri Kedah yang dikeluarkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) atas kecuaian dalam mengendalikan keputusan saringan air kencing orang yang disiasat (OYDS).

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kakitangan jika didapati bersalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada.

"AADK sentiasa mengingatkan kepada semua kakitangan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan berdasarkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, Unit Integriti AADK juga telah memanjangkan laporan EAIC tersebut kepada Pengarah AADK Negeri Kedah untuk diambil tindakan segera seperti yang disyorkan oleh EAIC.

Tegasnya, AADK akan terus bekerjasama erat dengan EAIC dalam usaha peningkatan tadbir urus yang baik dalam agensi.

"Ia khususnya melibatkan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku dan integriti dalam kalangan kakitangan AADK," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!