TikTok berdepan larangan di AS di tengah-tengah ketegangan AS-China
WASHINGTON - TikTok, platform video pendek dengan kira-kira 1.6 bilion pengguna di seluruh dunia dan 170 juta di Amerika Syarikat (AS), kekal sebagai pusat ketegangan geopolitik antara AS dan China, lapor Agensi Anadolu.
Platform yang dimiliki syarikat induk China, ByteDance sedang disiasat ketika kerajaan AS bergerak ke arah melarangnya atas alasan kebimbangan keselamatan negara.
Pada Januari, pentadbiran Joe Biden dijangka menguatkuasakan larangan ke atas TikTok melainkan ByteDance menjual platform itu kepada entiti bukan China.
TikTok telah memfailkan saman terhadap Jabatan Kehakiman AS, dalam usaha untuk terus beroperasi di negara itu.
Kedua-dua pihak kekal tegas dengan hujah masing-masing ketika pertarungan undang-undang berlangsung.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!