Wanita warga emas maut lori dipandu anak kemalangan

Nahas membabitkan dua lori menyebabkan seorang wanita warga emas maut di tempat kejadian. Foto ihsan Bomba Perak
Nahas membabitkan dua lori menyebabkan seorang wanita warga emas maut di tempat kejadian. Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang wanita warga emas maut selepas lori dipandu anak lelakinya melanggar belakang lori tanah di Jalan Sungkai, Kampung Air Hitam di sini pada Selasa.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Yap Soh Choo berusia 74 tahun manakala anaknya berusia 43 tahun cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemalangan pada jam 4.02 petang.

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam nahas membabitkan dua lori di Teluk Intan. Foto: ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam nahas membabitkan dua lori di Teluk Intan. Foto: ihsan Bomba Perak

"Setibanya jentera di lokasi, didapati dua beranak itu tersepit dalam kenderaan, namun wanita terbabit telah disahkan maut oleh pegawai perubatan.

"Anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

Sabarodzi berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 4.46 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!