PRK Mahkota: Jentera Perpaduan maksimakan kempen demi kemenangan BN

Nurul Izzah (dua dari kanan) ketika menyantuni pengundi bersama jentera Perpaduan, di Taman Ilham, Kluang, pada Selasa.
Nurul Izzah (dua dari kanan) ketika menyantuni pengundi bersama jentera Perpaduan, di Taman Ilham, Kluang, pada Selasa.
A
A
A

KLUANG - Berbaki empat hari tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikrar memaksimakan gerakan dalam usaha memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, gerakan kempen digerakkan jentera peringkat pusat, negeri dan DUN selari dengan kerjasama pusat sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan.

"Fokus kami di sini khususnya semua jentera di peringkat pusat ataupun peringkat negeri dan DUN, kami mahu melakukan sedaya mungkin bagi memenangkan calon BN (Syed Hussien Syed Abdullah) kerana untuk mendapat wakil (rakyat) yang mampu berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat.

"Saya (berkempen) di sini atas semangat setia kawan, dan saya akan pastikan ia terus kukuh," katanya ketika ditemui pemberita ketika program ziarah kasih, bersama jentera Perpaduan di Taman Ilham di sini, pada Selasa.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang mempunyai keseluruhan 66,318 pengundi dengan 20 pusat mengundi akan dibuka pada Sabtu ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!