Timur Jerman siap siaga hadapi banjir

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi benteng banjir. - Foto: Reuters
Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi benteng banjir. - Foto: Reuters
A
A
A

BERLIN - Pihak berkuasa di timur Jerman sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan baharu banjir, seminggu selepas hujan yang tidak pernah berlaku sebelum ini menyebabkan sebahagian Eropah Tengah dan Timur musnah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Daerah Oder-Spree di negeri Brandenburg pada Selasa mengisytiharkan tahap amaran tertinggi apabila paras air sungai Oder naik semula dengan air dijangka mencecah 5.9 meter di kampung Ratzdorf di sempadan Poland.

Sungai itu biasanya mengalir di kampung itu pada paras sekitar 2.6 meter.

Bandar berdekatan Eisenhuttenstadt juga mungkin terjejas. Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi benteng banjir.

Perkhidmatan kecemasan juga bersiap sedia di Ratzdorf dengan tembok sepanjang 152 meter sedang dibina sebagai persediaan banjir.

Paras air dijangka memuncak di Ratzdorf pada Rabu dan kekal tinggi sehingga Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!