Sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB bermula dengan penyertaan Presiden Abbas

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bercakap semasa Perbahasan Agung sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB di Ibu Pejabat PBB di New York pada Selasa. - Foto: EPALANE
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bercakap semasa Perbahasan Agung sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB di Ibu Pejabat PBB di New York pada Selasa. - Foto: EPALANE
A
A
A

NEW YORK - Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula di Ibu Pejabat PBB di New York pada Selasa, dengan penyertaan Presiden Negara Palestin, Mahmoud Abbas, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sesi yang bertajuk: "Tidak meninggalkan sesiapa pun: bertindak bersama untuk kemajuan keamanan, pembangunan mampan dan maruah manusia untuk generasi sekarang dan akan datang," berlandaskan resolusi 58/126, menangani beberapa isu, terutamanya: keamanan dan keselamatan antarabangsa, pembangunan mampan dan teknologi.

Sesi ke-79 Perhimpunan Agung, yang dibuka pada Selasa akan diteruskan hingga Sabtu, 28 September dan berakhir pada Isnin, 30 September, dengan penyertaan ketua negara dan kerajaan negara anggota PBB.

Presiden Mahmoud Abbas dijadualkan menyampaikan ucapan Negara Palestin kepada Perhimpunan Agung pada Khamis, 26 September.

Sesi Perhimpunan Agung kali ini menyaksikan peristiwa bersejarah apabila Negara Palestin memperoleh kerusi rasmi dalam kalangan Negara Anggota Perhimpunan Agung buat kali pertama semasa sesi perasmian, dalam pelaksanaan resolusi yang diluluskan pada Mei. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!