Banjir: Mahasiswa boleh mohon penangguhan kembali ke universiti

Zambry
Zambry
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahasiswa yang terkesan akibat bencana banjir boleh memohon penangguhan untuk kembali ke universiti masing-masing.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia termasuk bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian mereka ke universiti awam (UA).

"Sekiranya ada dalam kalangan pelajar yang terlibat dengan banjir ini, mereka perlu maklumkan kepada pihak universiti supaya bantuan dapat diberikan," katanya ketika ditemui di Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital Chidos Inspiring Learning Awards Ke-12 (e-DOLA), di sini pada Selasa.

Menurutnya, pihak universiti turut diarahkan untuk berinteraksi dengan mahasiswa bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka.

"Setakat ini tiada universiti yang terjejas akibat bencana ini. Tarikh kemasukan pelajar ke universiti bermula Sabtu dan kekal seperti sedia kala.

"Tiada perubahan kecuali mereka yang terlibat dengan undi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota Sabtu ini. Jadi pendaftaran mereka ini dilewatkan sehari kepada Ahad," katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Zambry turut melancarkan agenda reformasi kecerdasan buatan (AI) politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) bagi memperkasakan lagi kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP).

Pemerkasaan dan reformasi pembelajaran berasaskan teknologi AI adalah untuk meningkatkan proses PdP di POLYCC.

Artikel Berkaitan:

Ini termasuk penggunaan AI untuk memperibadikan pembelajaran dan menyediakan analisis data yang dapat membantu dalam membuat penyampaian pembelajaran lebih berkesan.

Selain itu, reformasi ini bertujuan untuk mempersiapkan para pensyarah dan pelajar dengan kemahiran digital yang relevan dan

meningkatkan kecekapan sistem pendidikan secara keseluruhan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!