Ustazah Basikal hampir diculik di Afghanistan

Pengembaraan berbasikal pasangan suami isteri, Ahmad Mohd Isa, 29, dan Noradilah Mohd Sapie, 30, dari Malaysia ke Mekah bertemu cabaran besar ketika melalui kawasan Taliban di Afghanistan.
Pengembaraan berbasikal pasangan suami isteri, Ahmad Mohd Isa, 29, dan Noradilah Mohd Sapie, 30, dari Malaysia ke Mekah bertemu cabaran besar ketika melalui kawasan Taliban di Afghanistan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengembaraan berbasikal pasangan suami isteri, Ahmad Mohd Isa, 29, dan Noradilah Mohd Sapie, 30, dari Malaysia ke Makkah bertemu cabaran besar ketika melalui kawasan Taliban di Afghanistan.

Ahmad berkata, dia dan isteri tidak pernah merancang untuk masuk mengembara ke Afghanistan dan Iran namun akibat pertukaran perancangan pada saat-saat akhir, mereka terpaksa akur dengan situasi.

"Kami mula mengembara ke Uzbekistan iaitu sebuah negara yang kaya dengan sejarah Islam. Tokoh hadis seperti Imam Bukhari yang dimakamkan di Bukhara dan Imam Tirmizi dimakamkan di Termez mengujakan kami.

Ahmad
Ahmad

"Saya dan isteri terpaksa masuk ke Afghanistan disebabkan harga visa negara itu jauh lebih murah berbanding Turkmenistan yang mahal dan tempoh visanya yang pendek.

"Tanpa kami sedar, ujian besar sedang menanti di Kabul, Afghanistan. Kami terpaksa keluar dari Afghanistan dan terus ke Iran mengikut jalan udara disebabkan jalan daratnya yang berbahaya," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ustazah Basikal mempunyai empat jilid yang menceritakan perjalanan selama 150 hari kembara berbasikal dari Malaysia ke Mekah mengikut 11 negara dilalui.

Jilid satu mengisahkan Kembara Mustahul Mekah (Malaysia-Thailand-Myammar); jilid dua, Dua Malaikat Penjaga Gunung (India-Nepal-Pakistan; jilid tiga, Tekanan Negara Bersalji (China-Kyrgyzstan-Kazakhstan) dan jilid terbaharu, Terkandas di Bumi Bergolak (Uzbekistan-Afghanistan-Iran).

Artikel Berkaitan:

Tambah Ahmad, di Iran pula, mereka berdepan dengan pegangan mazhab penduduknya yang berbeza yang menjadi cabaran terbesar buat mereka.

Ahmad (kanan) ketika menyantuni kanak-kanak di Afghanistan.
Ahmad (kanan) ketika menyantuni kanak-kanak di Afghanistan.

Ujarnya, banyak perkara yang tidak dijangka berlaku namun kuasa ALLAH mengatasi segalanya membantu mereka dalam setiap kesusahan.

"Isteri dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pakistan selama tiga hari, saya menerima lima jahitan di mata semasa di Iran.

"Ada juga pengalaman kami ditahan tentera bersenjata selama tiga hari di Pakistan dan hampir diculik di Afghanistan. Namun ALLAH hadirkan 'magic' setiap hari kepada kami," katanya.

Ustazah Basikal jilid empat.
Ustazah Basikal jilid empat.

Jilid empat novel travelog Ustazah Basikal boleh didapati di Jualan Gudang Karangkraf bermula 27 September 2024.

Jualan Gudang Karangkraf akan bermula pada 27 September hingga 6 Oktober ini bakal menemui pengunjung di Kompleks Kumpulan Karangkraf dengan pelbagai tawaran hebat dan kemudahan yang menarik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!