Rangka bayi ditemukan di Lebuhraya Rawang Bypass

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Rangka manusia dipercayai bayi ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ketika mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira 1 tengah hari.

"Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

"Polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!